Alat percuma

Kalkulator duti setem & kos pindah milik tanah

Masukkan harga tanah untuk anggar duti setem pindah milik (MOT), duti setem perjanjian pinjaman dan yuran guaman - mengikut kadar 2026 di Malaysia.

Duti setem dikira atas harga atau nilai pasaran, mana lebih tinggi

Pembiayaan

Pembeli

Anggaran kos membeli

Duti setem - pindah milik (MOT)
RM 6,600
Yuran guaman - jual beli (S&P)termasuk SST 8% RM 380
RM 5,130
Jumlah kos
RM 11,730

Wang tunai diperlukan (baki harga + kos)

RM 391,730

Cara duti setem dikira

RM 0 – 100,0001%RM 1,000
RM 100,001 – 500,0002%RM 5,600
Kongsi di WhatsApp

Tidak termasuk dalam anggaran ini

  • Kos perbelanjaan guaman (carian, cetakan, kurier) - lazimnya beberapa ratus ringgit
  • Fi pendaftaran pindah milik dan gadaian di pejabat tanah - ditetapkan setiap negeri
  • Fi kebenaran (consent) negeri, jika tanah perlu kelulusan negeri untuk dipindah milik (cth. lot Bumi, pembeli asing)
  • Fi penilaian, jika diminta oleh bank
  • Tunggakan cukai tanah (cukai petak) dan cukai pintu yang perlu dijelaskan semasa penyelesaian

Kadar duti setem pindah milik tanah (2026)

RM100,000 pertama1%
RM100,001 – RM500,0002%
RM500,001 – RM1,000,0003%
Melebihi RM1,000,0004%

Kadar untuk warganegara Malaysia dan penduduk tetap (Akta Setem 1949, Jadual Pertama, Butiran 32(a)). Bukan warganegara dan syarikat asing dikenakan kadar rata 4%, dan 8% bagi hartanah kediaman untuk pindah milik yang ditandatangani mulai 1 Januari 2026. Perjanjian pinjaman disetem pada 0.5% daripada amaun pinjaman.

Yuran guaman (Perintah Saraan Peguam Cara 2023)

RM500,000 pertama1.25%
RM7,000,000 berikutnya1%
Melebihi RM7,500,000Boleh dirunding

Skala yuran untuk Semenanjung Malaysia, dikenakan berasingan bagi perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman, ditambah SST 8%. Sabah dan Sarawak ada skala sendiri.

Soalan lazim tentang duti setem beli tanah

Siapa yang bayar duti setem bila beli tanah?

Pembeli membayar duti setem memorandum pindah milik (MOT) dan perjanjian pinjaman, melainkan perjanjian jual beli menyatakan sebaliknya.

Duti setem dikira atas harga atau nilai pasaran?

Mana yang lebih tinggi. Jika pejabat tanah atau JPPH menilai tanah lebih tinggi daripada harga yang dipersetujui, duti dikenakan atas nilai itu - masukkan nilai pasaran dalam kalkulator untuk melihat bezanya.

Ada pengecualian duti setem untuk pembeli kali pertama?

Pengecualian rumah pertama (rumah kediaman sehingga RM500,000, hingga 31 Disember 2027) adalah untuk rumah. Tanah kosong dan tanah pertanian biasanya tidak layak - semak dengan peguam anda.

Boleh beli tanah dengan pinjaman bank?

Boleh, banyak bank membiayai pembelian tanah, tetapi margin biasanya lebih rendah berbanding rumah, terutamanya tanah pertanian. Pilih margin pembiayaan dalam kalkulator untuk memasukkan duti setem dan yuran guaman pinjaman.

Sebelum anda beli

Anggaran sahaja, sebagai panduan umum. Amaun sebenar ditentukan oleh LHDN (duti setem) dan peguam anda. GERAN bukan firma guaman.